
Pakar bersetuju bahawa usaha menarik pelanggan baru adalah 5 hingga 10 kali lebih mahal berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada.
Untuk mengukuhkan hubungan jangka panjang,dan mengurangkan perbelanjaan kepada jumlah minimum,anda perlu memberi tumpuan kepada memberikan perkhidmatan yang berterusan yang cemerlang dan terus meningkatkan tahap layanan - dari titik perhubungan pertama.
TUNJUKKAN KEPADA PELANGGAN BAHAWA ANDA PERIHATIN
Pelanggan menentukan kejayaan anda,sebagaimana anda melayan seorang teman karib,anda perlu meluangkan masa,mengenali,mengiktiraf,berhubung,menghargai,menjawab pertanyaan dan memenuhi keperluan pelanggan.

MENGUTAMAKAN KEPERLUAN PELANGGAN
Menjadi tugas anda untuk membantu pelanggan mencari produk yang sesuai untuk mereka.Ini bermakna anda meletakkan keperluan pelanggan di hadapan keperluan anda.
Tunjukkan kepada pelanggan bahawa anda serius dan komited serta mendengar pandangan mereka,catatkan apa yang penting untuk pelanggan serta tunjukkan apa yanga anda tawarkan bagi memenuhi keperluan mereka dan terus berhubung selepas jualan. Dengan cara ini mereka secara sukarela akan kembali kepada anda apabila mereka ada masalah atau soalan.Usaha memberi pelanggan anda nilai dan perkhidmatan menunjukkan anda mengutamakan keperluan mereka,inilah cara terbaik untuk mengekalkan perniagaan dalam jangka panjang.
PERLIHAT KEBOLEHPERCAYAAN ANDA
Anda tahu anda boleh dipercayai dan akan mengotakan janji

LAYAN PELANGGAN SEPERTI RAKAN KONGSI.

Rakan kongsi amat perihatin terhadap satu sama lain dan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajkan antara satu sama lain.Mereka memandang serius setiap masalah dan hanya meneruskan sesuatu jika

Berbincanglah dengan pelanggan tentang keperluan semasa dan masa depan mereka dengan cara yang baik dan anda akan dapat membuktikan keperihatinan anda menjangkaui jualan yang disempurnakan.. Ini satu pendekatan yang jarang dilihat dalam pasaran kompetitif hari ini.
BIAR ORANG LAIN MENENTUKAN KREDIBILITI ANDA
Usaha mengekalkan pelanggan memerlukan masa,tenaga dan tumpuan khusus terhadap hubungan dengan mereka. Dengan mencurah masa dan usaha untuk melayan pelanggan anda yang sedia ada,anda boleh mendapatkan pelanggan setia dan membina perniagaan sebagai perunding yang bertaraf Dunia yang BERJAYA.
No comments:
Post a Comment