Thursday, December 24, 2009

Mencanai Minda - Mengenalpasti pelanggan berpotensi.




Isu mengenal pasti kelayakan pelanggan sebagai pelanggan berpotensi amat penting dalam menjayakan urusan jualan.Mari kita cuba fahami apa maksud kelayakan pelanggan itu sendiri. Juga sebagai panduan anda menjadi perunding " World Class".

Terlebih dahulu kita perlu tahu siapakah pelanggan yang layak.
1. Mempunyai Keperluan atau keingginan yang boleh dipenuhi oleh apa yang anda tawarkan.
2. Mempunyai keupayaan membeli produk.
3. Mempuanyai kuasa Membeli.
4. Boleh membuat pilihan dalam masa yang Munasabah.

Jika anda tidak temui kriteria di atas,bermakna mereka bukan pelanggan. Mereka tidak layak diburu sebagai pelanggan! Malangnya ,ramai jurujual akan menghabiskan masa berhari-hari,malah ada yang berminggu-minggu,untuk memburu orang yang hanya akan menolak pangilan mereka.

Mengapa ini berlaku? Berikut mungkin antara sebabnya:
. Mereka khuatir akan kehilangan jualan atau hubungan jika mereka mendesak atau menyoal.
. Mereka keliru dan menyangka aktiviti sama dengan produktiviti.
. Mereka tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti pelanggan yang layak.
. Mereka kekurangan kemahiran untuk menyoal apabila cuba memastikan kelayakan
pelanggan.
. Tumpuan pengurusan lebih kepada kuantiti,dan bukannya kualiti aktiviti.
. Kurang keyakinan menyebabkan mereka keberatan untuk melakukan apa yang mereka tahu
dan patut lakukan.

Cara yang paling cepat untuk mengenalpasti kelayakan pelanggan ialah dengan menyoal mereka. Beberapa soalan yang difikirkan dengan teliti boleh memperlihatkan potensi mereka dengan segera dan menunjukkan sama ada mereka mempunyai empat kriteria di atas.

No comments:

Post a Comment