Sunday, December 27, 2009

Mencanai Minda - Rahsia Memotivasikan Diri sendiri dan orang lain

Tanggungjawab memimpin orang lain ialah yang paling sukar dalam hidup.Pemimpin yang baik memerlukan kemahiran yang tinggi,lebih-lebih lagi apabila anda perlu mendorong sesorang untuk melakukan sesuatu yang tidak mahu mereka lakukan.Sebagai pemimpin,anda memerlukan tenaga dan kebijaksanaan.Orang lain sentiasa menuntut masa,perhatian dan sumber anda.Kebanyakan orang lazimnya menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga memimpin,mengarah dan memberi inspirasi kepada orang lain,mereka lupa menyimpan sedikit tenaga untuk mendorong peserta utama dalam pasukan,iaitu diri sendiri.Pernahkah ini berlaku kepada anda?Adakah anda salah seorang mangsa yang dinamakan " Kepimpinan Tanpa Hala Tuju."

KEPIMPINAN TANPA HALA TUJU
Kepimpinan tanpa hala tuju berlaku apabila anda menghabiskan sumber tenaga anda sendiri atau membenarkannya dihabiskan oleh orang lain.Anda tiada lagi tenaga untuk dicurahkan untuk memberi inspirasi kepada orang lain di sekeliling anda.Anda letih,penat,hilang minat,dan tidak kisah dan umumnya tidak terdorong menyiapkan tugas yang perlu dilakukan.Anda mula mempersoalkan mengapa anda tidak boleh mengagihkan kerja pada orang lain,mengapa anda mengalami masalah mendorong orang lain,dan terfkir sama ada orang lain akan perasan kalau anda tidak melakukan sesuatu" untuk kali ini sahaja".Pasukan yang baik menggunakan atau mencontohi tenaga dan semangat pemimpinya,pasukan anda mungkin tidak bermotivasi jika anda sendiri tiada semangat.kepimpinan Tanpa Hala Tuju menjadi masalah kronik yang berjangkit dan berterusan. Pendek kata,jika mana-mana ketua pasukan menghadapi masalah kepimpinan tanpa hala tuju,kesannya pasti membawa padah.

Bagaimana untuk menentukan sama ada anda merasai kesan daripada kepimpinan Tanpa Hala Tuju? Tanya diri anda soalan berikut:

. Adakah anda sentiasa letih secara fizikal?
. Adakah aktiviti di rumah atau di tempat kerja menyebabkan emosi anda kekosongan?
. Adakah anda mengiktiraf pencapaian orang yang mendapatkan nasihat anda untuk
kepimpinan dan panduan.
. Adakah anda rasa usaha atau kerja anda tidak dihargai orang lain?
. Adakah anda terlalu memberi tumpuan kepada sesuatu dalam hidup anda?Adakah mencapai
matlamat terentu menjadi asas kewjudan anda?
Jika anda menjawab "Ya" kepada mana-mana soalan ini,ikuti petua berikut sebagai langkah pertama untuk mengubah corak kepimpinan Tanpa Hala Tuju kepada gaya kepimpinan terbaik yang dinamakan " Kepimpinan Terbilang".
Jika badan anda sering rasa letih,maka anda perlu banyak berehat dan menjaga diri sendiri supaya anda boleh meningkatkan fubgsi lain anda dalam hidup.
Jika anda rasa letih dari segi emosi dan rasa kekosongan,luangkan masa untuk mengembalikan tenaga emosi anda.Orang yang kekurangan tenaga ini hidup tanpa inspirasi dan membiarkan hari berlalu saban hari.mereka tidak merasai emosi sebagaimana orang lain yang meluangkan masa untuk memulihkan emosi diri.
Jika anda tidak dapat menghayati sifat baik di kalangan orang di sekeliling anda,anda harus cuba melihat amalan dan tingkah laku mereka dan memberitahu mereka bahawa anda mengagumi mereka. Jika anda rasa usaha anda tidak diiktiraf atau tidak dihargai,jangan segan-silu untuk memberitahu orang lain tentang sumbangan besar yang telah handa berikan. Apakah yang istemewa tentang kombinasi faktor dan tindakan positif ini? Secara tergabung,kelebihannya menambahkan ketenangan dalaman! inilah hakikatnya. Kunci kepada usaha mengubah corak kepimpinan Tanpa Hala Tuju kepada kemahiran dan sifat tersendiri seorang pemimpin Terbilang ialah usaha mengekalkan ketenangan Dalaman. Ketenangan dalaman menjadi asas kehidupan.Ia merupakan sumber yang mengembalikan tenaga anda apabila anda kekurangan tenaga.Ia merupakan pencetus di dalam diri anda yang akan anda gunakan untuk mendorong orang lain.

Ketenangan Dalaman.
Mungkin anda terasa janggal kerana kunci kepada usaha mendorong orang lain ialah ketenangan dalaman.Sebenarnya ini tidak menghairankan kerana ketenangan dalaman seperti lunas pada kapal,yang mengekalkan keseimbangan dan ketenangan di tengah-tengah ribut yang melanda. Ia memberi anda keyakinan bahawa anda boleh memanafaatkan angin kencang dan ribut tanpa rasa bimbang kapal anda akan karam.Ketenangan dalaman juga menggalakkan anda hidup pada masa kini. Jika anda tenang dalam kehidupan semasa,maka kejayaan masa depan akan meningkatkan ketenangan dan kepuasan peribadi. Hanya orang yang tidak dapat hidup pada masa kini yang sentiasa mencari sesuatu di masa depan yang sepatutnya membuatkan mereka rasa gembira atau menyalahkan sesuatu peristiwa pada masa lepas kerana masalah mereka hari ini. Mereka tidak boleh memimpin orang lain kearah kejaaan kerana mereka tidak mampu memimpin diri sendiri.
Apakah maksud semua ini dari segi kebolehan memberi motivasi dan mendorong orang lain? Perasaan ketenangan dalaman menggalakkan wawasan kehidupan yang positif. Wawasan ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada aspek positif setiap situasi dan mengekalkan pandangan positif terhadap kehidupan. Ia juga membantu anda melihat segala kemungkinan dan merebut peluang yang muncul sepanjang hidup yang terus membawa anda ke mercu jaya yang lebih tinggi.
Rahsia mendorong orang lain ialah dengan membina landasan yang kukuh untuk kehidupan anda sendiri. Asas bagi landasan ini ialah ketenangan dalaman anda dan kepuasan peribadi anda. Di atas landasan ini,anda akan membina tunggak kehidupan yang menarik,penuh dengan pelbagai pengalaman dan amat memuaskan. Landasan dan rangka kerja ini mewujudkan persekitaran di mana hubungan yang bermakna di rumah,di tempat kerja dan di masyarakat boleh dijalin dan diperkembangkan. Pengalaman berhubungan dengan anda akan menjadi selesa,positif dan menaikkan semangat orang lain. Mereka akan mencontohi anda dan meminta panduan anda. Dengan cara ini anda akan menjadi penggalak kepada mereka semangat membara mereka akan mencetus rentetan peristiwa yang memperbaiki kehidupan anda dan orang disekeliling anda.
Buat keputusan untuk memperbaiki diri anda hari ini untuk mula membina asas bagi diri anda dan menjadi pendorong untuk orang di sekeliling anda. Anda boleh membuat keputusan untuk memimpin orang lain dengan cemerlang dan bukannya dengan memberi arahan yang membosankan yang langsung tidak BERINSPIRASI.........

Mencanai Minda - Memenangi Prospek dalam pertemuan Jualan.

Jika anda bekerja keras tetapi tidak menjana jualan atau mendapatkan rujukan secara konsisten,kemungkinan besar satu faktor kekurangannya ialah kepercayaan. Usaha membina landasan kukuh bagi menjalin hubungan dan mendapatkan kepercayaan ialah salah satu perkara penting yang sering diabaikan dalam proses jualan.

Jurujual yang hebat dan berjaya boleh membuatkan orang lain merasakan bahawa mereka orang penting.Mereka memahami betapa pentingnya usaha membina hubungan dan kepercayaan pada peringkat awal proses jualan.Samaada anda sudah arif tentang rangkaian produk atau menguasai banyak teknik menyempurnakan jualan,selagi anda tidak dipercayai da diyakini prospek,anda tidak akan berjaya menyempurnakan jualan.
Apabila anda dipercayai dan menjalin hubungan baik dengan prospek,rintangan paling sukar telah diatasi dan anda boleh merancang untuk menyempurnakan jualan.Walaupun tiada sistem yang seratus peratus berkesan dengan setiap prospek,ada beberapa perkara asas yang boleh anda gunakan untuk membina kepercayaan dan keyakinan dengan pantas.

MEMBINA KELEBIHAN DAYA SAING
Suka atau tidak,orang ramai akan membentuk tanggapan tentang anda berdasarkan faktor seperti penampilan dan sikat.Apabila kita bercakap tentang membina kepercayaan dan hubungan,tiada apa yang lebih penting daripada memberi gambaran pertama yang baik.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda mencetus anggapan pertama yang baik.
1) Datang tepat pada masanya dan buat persiapan rapi.
2) Pastikan penampilan anda kemas dan rapi,bersesuaian dengan pasaran anda.
3) bersikap positif dan mesra tetapi jangan sampai terlalu rapat.


SESUAIKAN DIRI DENGAN GAYA DAN PERWATAKAN PROSPEK
Penyelidikan menunjukkan kebanyakan orang tergolong dalam empat gaya utama:
1) Agresif
2) Ekspresif
3) Pasif
4) Analitis

Setiap satu daripada empat gaya utama ini memerlukan pendekatan dan strategi jualan unik.Contohnya,jika anda cuba meyakinkan orang yang kurang sabar dan agresif,mereka tidak mahu berdolak dalik dan inginkan fakta dengan segera. Sementara orang dengan gaya analitis yang berhati-hati memerlukan pembentangan persediaan lebih lama dan mereka ini meneliti setiap butiran yang disampaikan.
Setiap satu daripada empat gaya diatas boleh dikenalpasti dengan melihat gerak-geri badan mereka.Apabila anda sudah mempelajari cara mengenal pasti setiap gaya,anda akan dapat menyempurnakan lebi banyak jualan dalam masa yang lebih singkat dengan menyesuaikan diri kepada gaya pembelian yang disukai prospek anda.


MEMAHAMI BAHASA BADAN
Bahasa badan ialah gabungan antara pergerakan,postur dan nada suara. Dalam kajian menunjukkan dalam perbualan bersemuka,lebih 70% kominikasi adalah bukan bersifat lisan.Gerak geri badan kita ibarat satu bentuk bahasa yang mendedahkan perasaan paling mendalam dan pemikiran tersirat kepada orang yang tidak kita kenali.Tambahan lagi,komonikasi bukan lisan memberikan kesan lebih mendalam dan boleh dipercayai berbanding kata yang diutarakan.Jika berbicara prospek anda tidak senada dengan gerak-geri badan,adalah lebih baik bergantung pada gerak-geri badan untuk membaca perasaan sebenar mereka.
Anda perlu perihatin terhadap gerak-geri badan anda sendiri dan jangan lupa untuk bersikap positif dengan tidak berpeluk tubuh atau bersilang kaki dan jangan melemparkan senyuman dengan kerap.
Wujudkan harmoni dengan " memadan dan mencerminkan" gerak-geri badan prospek.Langkah memadan dan mencerinkan ialah satu tindakan meniru di bawah sedar di mana seseorang memberitahu orang lain bahawa mereka bersetuju.
Jika anda menghadii acara sosial,anda harus melihat bagaimana hadirin cuba memadankan gerak-geri badan dengan satu sama lain.Apabila seseorang tidak bersetuju,mereka menunjukkan gerak-geri badan yang bertentangan secara di bawah sedar.
Satu cara yang berkesan untuk mula memadankan gerak-geri badan dengan prospek anda ialah dengan menganggukkan kepala atau duduk bersilang kaki apabila mereka berbuat demikian.


MENGGUNAKAN KEMAHIRAN MENDENGAR AKTIF
Jurujual yang berjaya akan mengambil nota,mendengar dengan teliti dan mengekang dorongan untuk menggangu,mengkritik atau berhujah dengan prospek.Mungkin ada baiknya jika sekali-sekala anda mengulang ayat prospek secara sepenuhnya.Dengan mengulangi kata atau frasa kunci prospek,anda bukan sahaja menjelaskan kominikasi tetapi juga membina hubungan.
15minit pertama temu janji,anda harus mendengar lebih daripada anda bercakap,pastikan perhatian anda tertumpu kepada apa yang dikatan oleh prospek dan mengelakkan dorongan untuk mencelah atau menguasai perbincangan.Mencelah apabila orang lain bercakap ialah cara yang paling pantas untuk meruntuhkan hubungan dan kepercayaan.Jika anda mencelah,pastikan anda menjaga perasaan prospek dengan meminta maaf dan menggalakkan mereka meneruskan percakapan mereka.


SERLAHKAN KEPAKARAN ANDA
Anda perlu menyerlahkan keupayaan anda sebagai pakar industri pada peringkat awal temujanji pertama.Serahkan kad perniagaan atau brouser syarikat dan nyatakan 2 atau 3sebab mengapa nada suka bekerja dalam industri atau syarikat anda.
Pastikan bahan pemasaran anda kelihatan profesional dan dikemas kini.Jika anda mengadakan temujanji di pejabat,paparkan anugerah atau sijil pencapaian yang diterima.


CARI PERSAMAAN
Cuba lahirkan suasana kemesraan dan membuat prospek anda rasa selesa.Satu cara yang lazim dignakan ialah dengan membincangkan cuaca,sukan atau berita tempatan. Jika bertemu prospek di rumah atau pejabat perhatikkan barangan yang dipaparkan seperti gambar atau anugerah.Kebanyakan lazimnya suka bercakap tentang hobi dan pencapaian masa lepas sebagai contoh,jika anda melihat gambar prospek bersama ikan besar,tanya mereka tentang pengalaman hebat ini,mereka pasti berbangga untuk membincangkannya.
Dalam pasaran hari ini yang sangat berdaya saing,prospek mempunyai pelbagai pilihan dan mahu mencari perunding yang mereka rasakan boleh memenuhi kepentingan mereka.
Perunding yang gagal menjalinkan hubungan dan meyakinkan pelanggan biasanya tidak memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan akhirnya,membuka pintu kepada pesaing.Selain menjana idea jualan baru,usaha membina hubungan erat akan memastikan pesaing tidak mendapat tempat dan anda pula memperolehi pelanggan setia.

Mencanai Minda - Mendapatkan dan mengekalkan Perunding yang Baik

Kebanyakan pengurus menghadapi masalah yang sama,bagaimana untuk mendapatkan dan mengekalkan perunding yang baik. Oleh kerana kurang kepakaran,tidak cukup masa dan kegagalan menggunakan masa dengan lebih cekap,kebanyakan perniagaan sentiasa mengambil perunding yang diamanahkan tugas menjual dengan harapan mereka akan berjaya tetapi akhirnya gagal juga.Menjadi fitrah manusia untuk mengelakkan pengalaman negetif sama seperti yang baru mereka alami.Namun yang menghairankan,didapati banyak pemimpin berulang-ulang kali melakukan proses yang sama untuk mengambil dan mengekalkan perunding yang akhirnya memberikan pencapaian yang menghampakan.

Apakah kesilapan umum yang dibuat dalam proses mendapatkan dan mengasah bakat perunding baru,dan bagaimana kita boleh membetulkan kesalahan tersebut?

BERIKUT ADALAH 6 KESILAPAN YANG LAZIM DIAMALKAN DAN YANG BOLEH DIAMBIL IKTIBAR:

1) TIDAK MERANCANG DENGAN TELITI
Pengurus harus berfikir panjang dan tanya diri sendiri apakah ciri calon yang dikehendaki? ia dinamakan proses mencari calon yang sesuai. Apabila anda telah menentukan ciri perunding yang anda cari,berpegang kepada rancangan yang dibuat dan jangan bertolak ansur. Jangan cuba membentuk wira daripada calon yang kurang sesuai.


2)GUNAKAN PENDEKATAN YANG BERBEZA DAN UNIK
Cuba pilih kaedah yang bebreza dalam usaha merekrut dan bukan mengeluarkan iklan seperti yang lain.Gunakan gerai pameran di pesta kerjaya,paparkan iklan penempatan kerja di internet,gunakan risalah sebagai sisipan akhbar,ambil calon dari kolej dan dapatkan pekerja daripada saluran runcit yang kukuh operasinya.

3)PROSES TEMUDUGA YANG KURANG BAIK
Tanya sekurang-kurangnya 50 soalan untuk setiap calon. Rangka soalan ini secara terbuka untuk mendapatkan jawapan yang lebih panjang dan menyeluruh.Lebih banyak yang diluahkan oleh calon,lebih banyak yang boleh anda dengar dan perhatikan.

Saturday, December 26, 2009

Mencanai Minda - Strategi Mengekalkan pelanggan

Usaha mengekalkan pelanggan bermula jauh lebih awal daripada tarikh pembaharuan polisi,jika kita meyakini produk anda dan mengetahui nilai dan potensi memenuhi keperluan pelanggan,anda pasti sanggup meluangkan masa,tenaga dan paling penting,menjalin hubungan erat,dalam usaha anda mengekalkan pelanggan.

Pakar bersetuju bahawa usaha menarik pelanggan baru adalah 5 hingga 10 kali lebih mahal berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada.
Untuk mengukuhkan hubungan jangka panjang,dan mengurangkan perbelanjaan kepada jumlah minimum,anda perlu memberi tumpuan kepada memberikan perkhidmatan yang berterusan yang cemerlang dan terus meningkatkan tahap layanan - dari titik perhubungan pertama.


TUNJUKKAN KEPADA PELANGGAN BAHAWA ANDA PERIHATIN
Pelanggan menentukan kejayaan anda,sebagaimana anda melayan seorang teman karib,anda perlu meluangkan masa,mengenali,mengiktiraf,berhubung,menghargai,menjawab pertanyaan dan memenuhi keperluan pelanggan.Hubungan susulan seperti menghantar risalah berita,kad dan borang kaji selidik bagi memastikan pelanggan mendapat maklumat tentang perkembangan terkini.


MENGUTAMAKAN KEPERLUAN PELANGGAN
Menjadi tugas anda untuk membantu pelanggan mencari produk yang sesuai untuk mereka.Ini bermakna anda meletakkan keperluan pelanggan di hadapan keperluan anda.
Tunjukkan kepada pelanggan bahawa anda serius dan komited serta mendengar pandangan mereka,catatkan apa yang penting untuk pelanggan serta tunjukkan apa yanga anda tawarkan bagi memenuhi keperluan mereka dan terus berhubung selepas jualan. Dengan cara ini mereka secara sukarela akan kembali kepada anda apabila mereka ada masalah atau soalan.Usaha memberi pelanggan anda nilai dan perkhidmatan menunjukkan anda mengutamakan keperluan mereka,inilah cara terbaik untuk mengekalkan perniagaan dalam jangka panjang.


PERLIHAT KEBOLEHPERCAYAAN ANDA
Anda tahu anda boleh dipercayai dan akan mengotakan janji anda tepat pada masanya.Tetapi adakah pelanggan anda tahu bahawa mereka boleh berganting kepada anda?Buktikan kepada mereka. Kotakan janji anda ini akan menunjukkan kepada mereka bahawa perniagaan dan masa mereka amat berharga,juga memperlihatkan anda seorang yang mementingkan keteperincian dan ia merupakan sentuhan peribadi yang amat bermakna dalam dunia perniagaan hari ini.


LAYAN PELANGGAN SEPERTI RAKAN KONGSI.
Untuk menunjukkan kepada pelanggan anda perihatin,berunding dengan mereka seperti anda berunding dengan rakan perniagaan. Mengapa?
Rakan kongsi amat perihatin terhadap satu sama lain dan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajkan antara satu sama lain.Mereka memandang serius setiap masalah dan hanya meneruskan sesuatu jika mereka yakin itulah jalan yang terbaik. Perkongsian yang saling menghormati memberi peluang anda untuk bertanyakan soalan tentang pelanggan dan mendapatkan jawapan yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan mereka.
Berbincanglah dengan pelanggan tentang keperluan semasa dan masa depan mereka dengan cara yang baik dan anda akan dapat membuktikan keperihatinan anda menjangkaui jualan yang disempurnakan.. Ini satu pendekatan yang jarang dilihat dalam pasaran kompetitif hari ini.



BIAR ORANG LAIN MENENTUKAN KREDIBILITI ANDA
Usaha mengekalkan pelanggan memerlukan masa,tenaga dan tumpuan khusus terhadap hubungan dengan mereka. Dengan mencurah masa dan usaha untuk melayan pelanggan anda yang sedia ada,anda boleh mendapatkan pelanggan setia dan membina perniagaan sebagai perunding yang bertaraf Dunia yang BERJAYA.

Friday, December 25, 2009

Mencanai Minda - Pengurusan Masa

Apabila kebanyakan orang merujuk kepada pengurusan masa atau cara menguruskan masa untuk menyempurnakan lebih banyak kerja,mereka bukan merujuk tentang cara mengurus,mengatur atau mengubah masa. Seperti yang kita sedia maklum,masa tidak boleh diuruskan atau diubah. Setiap hari sememangnya ada 24jam,tidak lebih dan tidak kurang.


Berikut adalah 6 petua pengurusan masa yang mudah diamalkan agar anda dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan tekanan...

1. ANDA PERLU MEMAHAMI BAHAWA PENGURUSAN ADALAH SATU MITOS.
Membezakan antara"masa jam" dan " masa psikologi". Masa jam adalah hakikat sebenar,kita hidup dalam kitarannya.Kita menetapkan matlamat,merancang dan bekerja untuk psiklogi. Di sinilah kita terasa seperti tertipu oleh masa yang dan menjadi perangkap dalam minda kita. Apabila ini berlaku,minda kita terlalu terkongkong dengan masa lepas dan masa depan,sehingga kita lalai terhadap masa kini.
Jika anda mahu meluangkan masa secara produktif,anda perlu menyanggah mitos ini dan membebaskan diri daripada elusi masa,jika tidak anda akanmembuang masa dan tenaga memikirkan masa lampau dan asyik membayangkan masa depan. Petua,satu-satunya cara untuk mengenepikan mitos ini ialah untuk hidup dalam masa kini atau masa jam. Anda menetapkan matlamat pada masa kini,anda merancang pada masa kini,anda melaksanakan pelan masa kini,dan lain-lain,Jadi pastikan anda hidup dalam masa kini.

2. PANTAU KEGIATAN HARIAN ANDA
Saya mengandaikan bahawa anda sudah tentunya mempunyai matlamat hidup,jika tidak anda tidak akan tahu apa yang sepatutnya anda lakukan setiap hari,anda perlu tahu apakah tugas khusus yang perlu anda lakukan setiap hari yang membolehkan anda mencapai matlamat anda. Tindakan memantau kegiatan harian akan membolehkan anda melihat di mana masa berharga anda diluangkan, dan memberi anda maklumat berharga untuk mengoptimumkan dan menambah baik penggunaan masa. Buat senarai tugasan,sama ada menggunakan buku nota kecil atau program perisisn,tulis apa yang perlu anda lakukan dan pantau pelaksanaannya.


3. TETAPKAN KEUTAMAAN BAGI TUGAS HARIAN ANDA.
Ini akan membolehkan anda memberi tumpuan kepada tugas yang paling penting yang membolehkan anda semakin hampir mencapai metlamat anda.


4. BELAJAR MENGAGIHKAN TUGAS ATAU MENGGAJI ORANG LAIN UNTUK MELAKUKANNYA.
Jangan cuba melakukan segala-galanya sendiri. Dengan berbuat demikian,anda kan terasa seperti dibebani terlalu banyak kerja. Akibatnya,anda tertekan dan letih pada penghujung hari. Cuba agihkan beberapa tugas sokongan kepada orang lain supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang paling penting. Sebab itulah anda perlu menetapkan keutamaan ( Langkah 3) supaya anda tahu apa yang boleh di agihkan.


5.TINJAU SEMULA SENARAI TUGASAN ANDA.
Tandakan tugasan yang telai selesai.Pada penghujung setiap hari,tinjau semula senarai tugasan yang perlu di lakukan untuk melihat apa yang telah anda sempurnakan.Dengan menyemak tugasan,anda boleh melihat halatuju anda dan menetapkan tanda aras yang membolehkan anda menlai kemajuan anda.Anda juga terasa seperti berjaya menamatkan tugasan.Ini penting sebagai Motivasi diri.


6.TETAPKAN HAD MASA BAGI SETIAP TUGASAN.
Beberapa tugasan am seperti menyemak dan menjawab e-mail mungkin mengambil sebahagian besar daripada masa anda.Kita harus menetapkan kira-kira 30minit hingga 1jam sehari untuk menyemak dan menjawab e-mail.

Ikuti petua pengurusan masa diatas dengan teliti jika anda bertekad mahu meningkat produktiviti anda.Selepas mengamalkannya,anda akan mengawal masa dan bukannya terperangkap di dalamnya.

Thursday, December 24, 2009

Mencanai Minda - Matlamat berbanding Azam pada tahun Baru.

Setiap tahun ramai orang membuat pelbagai azam untuk tahun baru. Pada amnya,senarai ini meliputi tabiat yang ingin mereka amalkan setiap hari atau amalan yang cuba mereka elakkan sejauh mana yang mungkin. Malangnya,kebanyakan azam yang dibuat dilupakan menjelang Mac. Satu sebab utama perkara ini berlaku ialah kesukaran untuk memupuk tabiat baru atau membuang tabiat lama dengan" serta-merta".

TETAP BERBANDING DINAMIK.
Azam tetap sama: saya akan menemui 3prospek setiap hari,saya akan pergi ke gim lima kali seminggu". Jika semua itu adalah perubahan besar,mungkin nampak terlalu besar tanpa persediaan. Namun begitu,matlamat boleh dicapai secara beransur-ansur,bermula dengan langkah kecil dan meningkat kepada matlamat yang semakin besar apabila anda bersedia untuk perubahan yang lebih besar. Ini menjadikan matlamat satu kaedah yang lebih realistik untuk mencapai perubahan yang berkekalan.

PENCAPAIAN BERBANDING KEGAGALAN
Matlamat memberi halatuju,untuk mengatur langkah dan dengan mengambil langkah kecil untuk mencapai matlamat yang ditetapkan,anda boleh merasakan bahawa anda telah mencapai sesuatu dan berada di jalan yang betul,yang seterusnya memastikan halatuju anda berada pada sasaran. Tetapi anda gagal mencapai sesuatu ketetapan yag anda azamkan,anda mungkin berasa seperti telah gagal dan anda kemudiannya mengaku kalah akhirnya.

SKOP PERUBAHAN
Azam lazimnya ialah satu cara mencapai matlamat,tetapi jika anda mendapati sesuatu azam itu sukar untuk dizahirkan,ia biasanya diketepikan atau dilupakan. Sebaliknya dengan menetapkan matlamat pula,jika anda mendapati peubahan yang dirancang terlalu sukar untuk dilaksanakan,anda boleh melupakan rancangan tersebut tetapi memilih amalan baru untuk dicuba yang akhirnya membawa kepada keputusan yang sama dan anda masih boleh mencapai matlamat anda. Sebagai contoh,cuba andaikan anda mahu bersenam untuk meningkatkan tahap kecerdasan. Anda mungkin berazam untuk pergi ke gimnasium lima kali seminggu. Tetapi jika anda mendapati anda tidak suka bersenam di Gim,anda mungkin tidak memenuhi azam anda dan tidak akan mencapai matlamat tetapi jika anda menukar matlamat kepada "bersenam lebih kerap" anda mungkin melupakan Gim tetapi berjalan kaki di sekitar kawasan rumah anda setiap pagi dan masih juga mencapai matlamat tersebut.


PERTIMBANGKAN MASA DEPAN
Fikirkan apa yang anda inginkan dalam kehidupan ideal anda dan situasi anda dalam tempoh dua,lima atau sepuluh tahun dan tinjau sama ada anda boleh menggambarkannya,ada matlamat anda membawa anda lebih hampir kepada gambaran tersebut. Jika anda boleh menggambarkannya,matlamat tersebut boleh diteruskan. jika anda sentiasa membayangkan imej yang menjadi destiasi akhir matlamat anda,usaha anda lebih mudah diteruskan.


MEMBAYANGKAN PERUBAHAN SECARA KASAR DAN BUKANYA AMALAN KHUSUS.
Sebagai contoh,keputusan untuk merangka satu amalan pengurusan stress memberi lebih banyak ruang untuk pertumbuhan dan perubahan berbanding berjogging setiap hari.Walaupun memang anda berhasrat mengubah matlamat umum menjadi tingkah laku khusus,keputusan menyusun amalan pengurusan stress memberi anda ruang untuk membuat percubaan dan menukar haluan jika anda mendapati berjogging tidak berkesan untuk anda.


FIKIRKAN DARI SEGI APA YANG INGIN ANDA TAMBAH DALAM KEHIDUPAN ANDA DAN BUKANNYA APA YANG INGIN ANDA KETEPIKAN.
Sebagai contoh: daripada cuba mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat,beri tumpuan kepada usaha makanan sihat. Anda terasa seperti kehilangan sesuatu jika anda membuang tabiat buruk berbanding anda "menambah" tabiat Baik. Begitu juga apabila anda telah menetapkan sesuatu matlamat,pastikan ia terus mendapat perhatian anda. Senaraikan sebagai tugasan harian atau paparkan sebagai grafik penjimat tenaga ( Screen Saver) atau lekat di tempat yang mudah dilihat di sekitar rumah anda. Beri ganjaran kecil kepada diri anda sendiri kerana terus beriltizam mencapai matlamat anda,sehinggalah anda mencapai kemajuan secukupnya agar kemajuan itu menjadi doringan yang kuat. Perlu diingat bahawa perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata,tetapi anda berusaha memupuk tabiat yang penting,perubahan akan berlaku dan perubahan tersebut akan kekal. Ingat dan amalkannya untuk menikmati hasil usaha anda dan mencorakkan masa depan yang anda ingini.....
Ia haruslah bermuula pada saat dan tika ini.......... ingatlah pepatah lama yang berbunyi,kerja bertangguh selalu tak jadi....

Mencanai Minda - Mengenalpasti pelanggan berpotensi.




Isu mengenal pasti kelayakan pelanggan sebagai pelanggan berpotensi amat penting dalam menjayakan urusan jualan.Mari kita cuba fahami apa maksud kelayakan pelanggan itu sendiri. Juga sebagai panduan anda menjadi perunding " World Class".

Terlebih dahulu kita perlu tahu siapakah pelanggan yang layak.
1. Mempunyai Keperluan atau keingginan yang boleh dipenuhi oleh apa yang anda tawarkan.
2. Mempunyai keupayaan membeli produk.
3. Mempuanyai kuasa Membeli.
4. Boleh membuat pilihan dalam masa yang Munasabah.

Jika anda tidak temui kriteria di atas,bermakna mereka bukan pelanggan. Mereka tidak layak diburu sebagai pelanggan! Malangnya ,ramai jurujual akan menghabiskan masa berhari-hari,malah ada yang berminggu-minggu,untuk memburu orang yang hanya akan menolak pangilan mereka.

Mengapa ini berlaku? Berikut mungkin antara sebabnya:
. Mereka khuatir akan kehilangan jualan atau hubungan jika mereka mendesak atau menyoal.
. Mereka keliru dan menyangka aktiviti sama dengan produktiviti.
. Mereka tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti pelanggan yang layak.
. Mereka kekurangan kemahiran untuk menyoal apabila cuba memastikan kelayakan
pelanggan.
. Tumpuan pengurusan lebih kepada kuantiti,dan bukannya kualiti aktiviti.
. Kurang keyakinan menyebabkan mereka keberatan untuk melakukan apa yang mereka tahu
dan patut lakukan.

Cara yang paling cepat untuk mengenalpasti kelayakan pelanggan ialah dengan menyoal mereka. Beberapa soalan yang difikirkan dengan teliti boleh memperlihatkan potensi mereka dengan segera dan menunjukkan sama ada mereka mempunyai empat kriteria di atas.

Mencanai Minda - Penetapan Matlamat sebagai JUARA

Definisi Matlamat?
Anda Mungkin terasa bodoh bila anda cuba memikirkan definisi Matlamat.
Anda tidak perlu rasa malu.Kata jurulatih Motivasi Michael Wickett bahawa hanya 2% daripada penduduk dunia mempunyai matlamat. Dengan itu bermulalah perjalanan kearah Matlamat masing-masing.


1. Matlamat Mesti ditulis



Proses menulis matlamat memaksa kita menjadikan impian yang samar-samar menjadi objektif yang jelas dan konkrit.

2. Matlamat yang Khusus
Matlamat yang khusus membantu kita menumpukan tenaga dan memanafaatkan sepenuhnya masa kita. jangan sekadar berkata, " saya ingin memperbaiki hidup saya" Tetapkan matlamat yang khusus seperti " Saya nak beli sebiji Motor Touring GTR 1400cc atau saya mahu 2 orang anak lelaki".


3. Matlamat mestilah boleh diukur
Kalau matlamat tidak boleh diukur,bagaimana kita tahu bila kita sudah mencapainya? contoh matlamat yang boleh diukur termasuk " saya mahu turunkan berat badan saya sebanyak 15paun". atau saya nak jual produk bernilai RM 2juta."

4. Matlamat mesti ada jangka waktu.
Kita mesti tetapkan jangka masa untuk mencapai matlamat kita,jika tidak kita mungkin menangguhkan sampai bila-bila. Jangka waktu bergantung kepada matlamat,mungkin satu minggu,beberapa bulan atau 20tahun lebih. Yang penting,kita ada batas waktu dan kita mesti patuh padanya.


INGATLAH APABILA MATLAMAT JELAS.... HALANGAN PASTI MENGECIL dan APABILA MATLAMAT KABUR HALANGAN AKAN MEMBESAR......


Soalan yang mungkin dapat membantu anda menggariskan matlamat?
. Apakah wawasan masa depan saya?

. Di mana saya ingin berada 3 tahun dari sekarang?

. Bagaimana tanggapan orang khususnya Bos,rakan setugas,keluarga terhadap saya pada masa hadapan.

. Apa yang sepatutnya berlaku dalam dua tahun akan datang untuk membolehkan saya rasa
puas hati dengan kemajuan saya?

. Apakah gambaran visual saya terhadap pasukan saya? Apakah gambaran visual saya terhadap
syarikat saya?

. Apakah tanggapan terhadap diri saya yang saya ingginkan daripada pelanggan saya?
kakitangan saya?

. Apakah yang akan Bos saya katakan tentang diri saya dalam satu ayat?

. Apakah yang paling menyeronokkan saya bekerja? Apakah yang saya ingin lebihkan/kurangkan/henti lakukan sama sekali,supaya saya boleh mencapai apa yang penting buat diri saya? Buat pasukan saya dan Buat kakitangan serta masyarakat Umum.

. Apakah tahap yang ingin saya capai?

. Apakah Definisi Kejayaan bagi saya?

. Apakah tanda aras yang saya perlukan untuk mengecap kejayaan?

. Apakah tindakan yang perlu saya ambil setiap hari/minggu/bulan untuk mencapai matlamat
saya?
. Apakah bidang tugas yang perlu saya beri tumpuan untuk memberikan kesan paling besar ke
atas kakitangan saya dan hasil yang terbaik.?

. Apakah keutamaan yang perlu saya lakukan untuk memastikan kejayaan saya? dan Pasukan saya?

Fikirkan tentang matlamat peribadi dan profesional anda sendiri,kemudian tulis dan terjemahkan matlamat anda ke dalam tindakan. Apabila anda tahu apa yang anda inginkan,anda akan berada di landasan yang tepat menuju KEJAYAAN SEBENAR.............

Mencanai Minda - Memaksima penghasilan di sesingkat masa.

Tips dan garis panduan bagi memaksimakan penghasilan di dalam waktu yang mendesak......
Kita harus mengandakan latihan di sudut-sudut yang sukar dan tersembunyi.

. Focus







. Saya seorang yang Pelbagai.









. Penyampai kegembiraan
. Sistem sokongan kejayaan
. Menguatamakan keutamaan serta menjadualkan keutamaan

. Buat perancangan rapi -siapkan sepantas mungkin dengan penghasilan yang sempurna
. Rancang masa bagi setiap 50minit pertama
. Apabila ada kelongaran,ambil rehat selama 10 minit untuk menyegarkan minda anda.
. Selepas rehat segerakan setiap pekerjaan yang telah di jadualkan selepasnya
. Dan jangan lupakan rehat yang sempurna dan secukupnya juga.