Sunday, January 3, 2010

Mencanai Minda - Enam sebab utama Pengurus jualan Menghampakan pasukan Jualan

Pengurus jualan memikul salah satu tugas paling sukar di dunia. Seperti mana-mana tugas lain,sebahagian daripada kejayaan membabitkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dan sebahagian lain membabitkan kekuata dalaman individu.
Pengurus jualan gagal kerana pelbagai sebab,dan jika anda pengurus jualan atau VP,tanya diri anda jika mana-mana isu di bawah pernah menimbulkan masalah kepada anda.
Kegagalan 1 : Pengurus Jualan tidak serasi dengan tugasnya.
Ramai pengurus jualan yang kurang berkesan dipilih daripada pasukan jurujual.Seringkali,mereka ini terdiri daripada jurujual cemerlang yang dinaikkan pangkat berasaskan andaian bahawa mereka bijak menjual,mereka juga bijak menguruskan jualan.Hakikat sebenar tidak semestinya begitu. Bentuk kemahiran dan sifat dalaman adalah amat berbeza sama sekali bagi kedua-dua profesion. Apabila seorang pengurus jualan tidak berupaya untuk menjalankan tugas tersebut,beliau akan gagal.



Kegagalan 2 : Calon yang baik bagi jawatan pengurusan jualan jarang diberi peluang untuk menyandang jawatan tersebut.
Prestasi kurang baik dalam tugas menjadi halangan bagi pengurus jualan dinaikkan pangkat.
Mereka mempunyai tahap keupayaan lebih tinggi untuk menjadi jurulatih,menzahirkan wawasan mereka dan menerajui pasukan dan bukan mengambil bahagian atas padang sebagai pemain utama. Mana-mana organisasi jualan melantik pengurus jualan semata-mata berasaskan prestasi jualan masa lepas mungkin terlepas peluang melahirkan pemimpin jualan yang hebat.


Kegagalan 3 : Pengurus jualan tidak diberi latihan yang secukupnya.
Lantik sesiapa sahaja untuk menalankan mana-mana tugas dan jangan beri latihan,apakah hasilnya? Seorang pekerja yang sentiasa dalam keadaan resah.Pengurus jualan tidak akan tahu dengan serta-merta cara melaksanakan tanggung-jawabnya.Mereka perlu diberi latihan dan sumber untuk memahami dan menyedari apa yang diperlukan oleh setiap individu untuk membantu mereka berjaya. Seorang pengurus jualan yang hanya diberi sedikit latihan khusus akan menyekat keupayaan jurujual untuk menjalankan tugas mereka dan mengurangkan daya saing organisasi. Kegagalan 4: Ketiadaan sistem jualan yang berkesan.
Pasukan bola tidak akan turun padang tanpa taktik dan perancangan yang jelas.Tanpa Sistem jualan yang diketahui dan boleh diikuti oleh jurujual,mereka akan cuba menjual dengan kaedah cuba jaya. Tidak ada formula yang boleh diulangi untuk kejayaan.Kadangkala mereka berjaya,kadangkala mereka tidak.
Malangnya tidak ada cara pun untuk menentukan sama ada mereka berjaya atau gagal meraih jualan,dan ini bermakna tugas memberi bimbingan menjadi lebih sukar. Apabila pengurus jualan tidak memberi pasukan jualan satu sistem jualan yang jelas,pesaing akan merebut peluang yang diperolehi oleh jurujual.



Kegagalan 5: Tiada sistem pengambilan kakitangan yang berkesan.
Proses pemilihanmengikut gerak hati dan mengagak kebolehan calon akan membatasi keupayaan membuat pilihan yang tepat.Sepertimana pentingnya menyediakan sistem jualan untuk diikuti pasukan jualan,sistem pengambilan pekerja yang berkesan juga tidak kurang pentingnya.
Harus diingat bahawa adalah menjadi tanggung-jawab pengurus jualan untuk membuat pertimbangan yang betul berkenaan pengambilan jurujual baru,dan tanpa proses khusus untuk menggunakan penilian objektif,keputusan pengambilan pekerja mungkin bergantung kepada nasib sahaja.


Kegagalan 6: Kurang faham tentang konsep bimbingan.
Jika pengurus jualan melihat dirinya sebagai" pengurus" beliau mungkin terlalu sibuk dengan fungsi pentadbiran tugasnya,seperti urusan kerja,lembaran kerja,isu operasi dan lain-lain.
Manakala seorang " Pembimbing" akan berganding bahu dengan jurujual untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang tertentu,merangka strategi menyempurnakan perjanjian,mempertanggungjawabkan mereka terhadap keputusan yang diperolehi,memberikan maklum balas terhadap isu prestasi dan juga membetulkan hala tuju sebelum akhir bulan bagi mengelakkan kegagalan mencapai sasaran jualan.
Pengurus Jualan ialah satu tugas yang sukar. Laburkan masa dan tenaga dalam latihan pengurusan jualan dan nikmati segala manafaat membina sebuah pasukan jualan yang BERJAYA......

2 comments:

  1. fuh...cukup berkesan kalau betul2 dihayati...

    ReplyDelete
  2. Biar kita sama2 maju dan Hebat di dalam industri..salam Bro...

    ReplyDelete